11.30.2013

Siapa dia? Cantik sangat ke dia ni? Siapa pulak yang jadi mangsa kau kali ni? Inilah soalan yang aku selalu dapat bila aku ceritakan kat member pasal perempuan yang aku sayang. Hmm. Dia ni adalah perempuan yang pernah bertakhta kat hati aku sejak tahun 2010, aku mula minat kat dia selepas Nana reject aku dan sebelum Nana terima cinta aku. Takfaham? Okay, aku terangkan. Pada akhir tahun 2009 aku pernah usha seorang minah ni, bernama Nana. Tapi dia dah reject aku. So, aku move on lah. Dan aku bertemu dgn Nurul Haniza (member dia panggil dia Anis) . Aku pun mula lah minat kat Anis ni. Tapi tiba tiba Nana ni mimpi ke ngigau ke aku pun taktahu, dia terima cinta aku pada Februari 2010. So, aku terpaksa lupakan Anis. Setelah dua tahun berlalu, cinta yang aku semai ketika bersama Nana akhirnya musnah juga kerana hadirnya virus virus sosial yang mengganggu. Aku still takdapat terima hakikat yang dia dah pergi dari aku buat selamanya. Tapi, pada tahun ni (2013), cinta aku pada Anis akhirnya berputik kembali. Ini telah membakar semangat aku kembali. Kulitnya yang putik mulus, dgn wajah babyface yang comel, dan suaranya yang manja itu sudah semestinya akan menjadi kegilaan ramai jejaka di luar sana. Aku tidak terkecuali. Tapi aku ada sebab lain kenapa aku suka dan sayang kat dia. Aku ni sebenarnya agak 'rajin' nak mendirikan solat sebelum ni. Tapi first time aku nampak 'nur' di wajahnya, hati aku terdetik nak berubah. Aku taktahu kenapa. Tapi aku rasa betul betul bersemangat nak berubah. Aku dah rajin solat. Alhamdulillah. Padahal dia takbuat apa apa pun. Mungkin sebab aku sayangkan dia, dan mungkin sebab aku rasa kalau nak jadi suami yang baik untuk Anis, aku perlu menggalas tanggungjawab aku untuk membimbing dia. Hhahaha. Mungkin aku ni terlampau memikir ke depan. Padahal belum tentu Anis akan jadi milik aku. Kesimpulannya, Anis ialah seorang gadis yang ku cinta. Dan yang ku puja. Atas dasar cintaku terhadap Islam. Aku rasakan kehadiran dia dapat membawaku ke jalan yang benar. Bersama sama menuju ke syurgaNya. Atas nama Allah, aku ikhlas mencintai Anis.